Pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas sperma. Tabiat pemakanan boleh mempengaruhi kesuburan lelaki. Ambil makanan yang seimbang, pelbagai dan berkhasiat. Secara khususnya...
Vitamin C dan antioksidan.
- Ia dapat melindungi kecacatan sperma dan meningkatkan keaktifannya.
- Sasarkan 90 mg sehari - lebih lagi (125 mg) jika anda merokok. Untuk panduan, secawan jus oren segar mengandungi 124 mg vitamin C.
Cukup ZINC.
- Kekurangan zink boleh mengurangkan air mani dan kadar testosterone.
- Sumber terbaik untuk 11 mg sehari antaranya adalah tiram, daging batang pinang, kacang panggang.
Asid folik.
- Kekurangan vitamin B ini menyebabkan kekurangan bilangan sperma.
- Sumber: bijirin sarapan segera yang diperkaya, sayuran hijau, kekacang dan jus oren.
Kalsium dan Vitamin D.
- Mengambil 1,000 mg kalisum dan 400 IU (10 mikrogram) vitamin D menambahkan kesuburan lelaki, berdasarkan kajian daripada University of Wisconsin, Madison.
- Sumber: susu, ikan salmon, yogurt.
Kopi.
- Kajian di Brazil menunjukkan kopi meningkatkan keaktifan sperma.
- Ambil secara sederhana, 2 cawan sehari.
- Jangan minum minuman keras dan mengambil dadah kerana ia mengurangkan kadar testeron dan bilangan sperma selain boleh mencacatkan sperma.
- Kurangkan merokok, jika boleh berhenti terus kerana ia mengurangkan kualiti dan kuantiti sperma.
Sumber:
- Dads-to-be: Diet changes to boost your fertility, Babycenter.com
- Folate 'may keep the sperm health', bbcnews
- Coffee makes sperm speed up, newscientist.com