Wednesday, December 31, 2008

Pemakanan Suami untuk Tingkatkan Kesuburan

Pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas sperma. Tabiat pemakanan boleh mempengaruhi kesuburan lelaki. Ambil makanan yang seimbang, pelbagai dan berkhasiat. Secara khususnya...

Vitamin C dan antioksidan.

  • Ia dapat melindungi kecacatan sperma dan meningkatkan keaktifannya.
  • Sasarkan 90 mg sehari - lebih lagi (125 mg) jika anda merokok. Untuk panduan, secawan jus oren segar mengandungi 124 mg vitamin C.

Cukup ZINC.

  • Kekurangan zink boleh mengurangkan air mani dan kadar testosterone.
  • Sumber terbaik untuk 11 mg sehari antaranya adalah tiram, daging batang pinang, kacang panggang.

Asid folik.

  • Kekurangan vitamin B ini menyebabkan kekurangan bilangan sperma.
  • Sumber: bijirin sarapan segera yang diperkaya, sayuran hijau, kekacang dan jus oren.

Kalsium dan Vitamin D.

  • Mengambil 1,000 mg kalisum dan 400 IU (10 mikrogram) vitamin D menambahkan kesuburan lelaki, berdasarkan kajian daripada University of Wisconsin, Madison.
  • Sumber: susu, ikan salmon, yogurt.

Kopi.

  • Kajian di Brazil menunjukkan kopi meningkatkan keaktifan sperma.
  • Ambil secara sederhana, 2 cawan sehari.
Dadah, Rokok dan Alkohol
  • Jangan minum minuman keras dan mengambil dadah kerana ia mengurangkan kadar testeron dan bilangan sperma selain boleh mencacatkan sperma.
  • Kurangkan merokok, jika boleh berhenti terus kerana ia mengurangkan kualiti dan kuantiti sperma.

Sumber:

  • Dads-to-be: Diet changes to boost your fertility, Babycenter.com
  • Folate 'may keep the sperm health', bbcnews
  • Coffee makes sperm speed up, newscientist.com

Kualiti dan Kuantiti Sperma

Lelaki juga boleh mengalami masalah penurunan tahap kesuburan. Kira-kira 30 peratus masalah kesuburan berpunca daripada lelaki. Bagi lelaki subur pun, mereka tetap boleh mengalami masalah jika mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti sperma ialah:
  • Berhenti merokok. Asap rokok boleh menyebabkan mencacatkan sperma yang baru terhasil. Kajian menunjukkan bilangan sperma akan meningkat dengan cepat sebaik lelaki berhenti merokok.
  • Kurangkan minum minuman beralkohol. Tahap kesuburan 40 peratus lelaki meningkat apabila pengambilan alkohol dikurangkan.
  • Ambil vitamin. Tidak ramai lelaki menitikberatkan soal pengambilan vitamin kerana beranggapan mereka sihat dan makanan membekalkan cukup keperluan harian. Bagaimanapun, anggapan ini kurang tepat kerana banyak vitamin hilang atau musnah ketika proses penyediaan dan memasak.
  • Kekurangan vitamin C dikatakan boleh menyebabkan sperma melekat antara satu sama lain. Justeru, lelaki disaran mengambil sekurang-kurangnya 2,000 miligram vitamin C setiap hari.
  • Elak keadaan terlalu panas atau memakai seluar ketat. Elak juga terlalu kerap mandi air panas dan sauna kerana ia boleh menjejaskan penghasilan sperma berkualiti.
  • Jauhi punca pencemaran seperti bahan kimia, racun serangga perosak, lead dan larutan organik.
  • Rancang masa untuk bersama isteri. Hubungan seks boleh dilakukan selang sehari jika anda merancang mendapat anak. Hubungan seks yang terlalu kerap (setiap hari) boleh mengurangkan bilangan sperma. Bagaimanapun jika tempoh antara hubungan seks itu terlalu lama, sperma yang dikeluarkan pula tua dan kurang aktif.

10 cara untuk memantapkan air mani

Dr Ismail Thamby, pakar sakit tuan menulis 10 Kaedah di dalam Harian Metro. {mosimage}AIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:
  1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.
  2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
  3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
  4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.
  6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.
  7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.
  8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.
  9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma.
    Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.
  10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.
    Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.

Tauge Bagus untuk Wanita Mahu Hamil?

Ini kerana taugeh mengandungi hormon estrogen & progesterone semula jadi. Ia juga baik untuk penyakit kanser. Taugeh yang sedang bercambah mengandungi hormone estrogen & progesterone dan agen antioksida. Sebab tulah taugeh yang cambah kecil sahaja yang bagus. Yang panjang tu tak ada banyak hormone tu.

Cara - caranya :-
1. Ambil segenggam kacang hijau dan rendam dalam air selama 2 jam.
2. Biarkan ia menjadi taugeh yang tak panjang (taugeh yang pendek). ianya ambil masa kira-kira 3 hari sahaja.
3. Rebus taugeh tersebut (air sebanyak 2 gelas) selama kira-kira 10 minit sahaja.
4. Minum air tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan selama waktu datang period.

Sumber:
Virgo76, sembang melayu.com, 14hb Februari 2005
ratuhati.com

Tingkatkan Kesuburan Wanita

Kesuburan adalah anugerah yang perlu dihargai dan dipelihara. Banyak faktor boleh menjejaskan kesuburan seseorang,sama ada lelaki atau wanita. Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:-

  • Mengawal berat badan. Jika dapat, kekalkan berat badan yang seimbang. Berat badan berlebihan bolehmenyebabkan masalah ovulasi (pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti terus jika terlalu kurus.
  • Kurangkan pengambilan kafein. Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa kafein.
  • Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik berhenti terus. Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.
  • Bersenam secara tetap dan teratur. Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos (urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita mengandung.
  • Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah. Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.
  • Berhati-hati mengambil ubat. Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila diarahkan saja.
  • Buat pemeriksaan rahim. Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit. Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim.

Sumber : Sukar dapat anak kedua oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Amalan Memperolehi Zuriat

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA
1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
- Baca Bismillah 1x
- Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
- Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
- Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang
Engkau berkati di dunia dan akhirat.")
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih
belum berhasil.

Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan)
sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333x setiap hari.
3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di
dalam air dan minum air tersebut.
4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

AMALAN KETIGA
1. Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir"
semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.
2. Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau
isteri atau kedua-duanya amalkan.

AMALAN KEEMPAT
1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam) setiap awal pagi
(utk si suami).
2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami).
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.
4. Doa Nabi Zakaria.
5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.
6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

DIET PEMAKANAN
1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.
2. Buah Delima.
3. Buah Zaitun.
4. Buah Kurma.
5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang
berasid.
6. Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30
tablet setiap hari, makan sayur & buah. Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt
daging, ayam dll.
7. Jangan minum ais dan minum air kelapa.

Sumber:
majalah NUR Dismeber2006