Tuesday, December 30, 2008

Haid..Period..Menstruasi..?

Tubuh manusia adalah kompleks. Pusingan haid yang dialami menandakan kematangan seseorang wanita yang membawa kebaikan dan mungkin juga ada keburukan. Pusingan haid biasanya berlaku hampir separuh usia seseorang wanita – sekurang-kurangnya 2,000 hingga 3,000 hari. Mengikut teori perubatan Cina, tubuh badan seseorang wanita begitu lemah semasa haid dan jika tiada perlindungan dilakukan, ia boleh menjejaskan kesihatan. Kerana itulah, adalah mustahak membetulkan pelbagai kesalahfahaman semasa didatangi haid.

Kebanyakan wanita merasa tertekan tatkala didatangi haid. Keadaan ini tak sepatutnya berlaku. Setiap wanita harus menganggap ia perkara biasa dan terima ia sebagai satu rahmat Tuhan. Apabila seseorang mengalami haid yang pertama dalam hidupnya, dia tentu menerima pelbagai nasihat daripada ibu, atau mereka yang lebih tua. Antaranya dilarang melakukan senaman berat.

Seseorang wanita yang sihat tatkala didatangi haid, ovarinya mengalami perubahan. Pada ketika yang sama, hormon seks menurun. Biasanya pusingan haid cuma antara 28 hingga 30 hari dengan kehilangan darah cuma 50ml. Setiap haid memakan masa 3 atau 7 hari.

Semasa haid kulit wanita pada bahagian faraj cukup sensitif. Kajian telah membuktikan bahawa 73 peratus wanita mengalami kegatalan pada bahagian sulitnya. Keadaan ini terjadi kerana sering menggunakan tuala wanita yang tak serap udara - biasanya ia diperbuat dengan tiga lapisan – lapisan permukaan, lapisan serapan dan lapisan bawah. Ingatlah pemilihan tuala yang betul sangat perlu.

Lapisan pertama tuala wanita bermutu tinggi sepatutnya mengandungi kapas dengan bahan serapan bagi mengelak kulit basah. Lapisan tengah mestilah memiliki bahan serap yang kuat agar cecair tidak mengalir keluar bagi mengelak rasa melekit. Ketiga, lapisan bawah mestilah serap udara. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yang lembab menjadi kering menyebabkan kulit tidak terjejas dan keadaan menjadi selesa.

Berdasarkan keadaan fizikal istimewa seseorang wanita, tuala yang diguna menjadi rakan yang menyenangkan. Ingatlah jangan menggunakannya terlalu lama, elok ditukar dua jam sekali. Permukaan lapisan pertama mungkin tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap padu sentimeter.

Antara penyakit yang sering menyerang wanita tatakala haid ialah demam, rasa gatal pada alat sulit, celah kangkang, paha, menjejaskan pundi kencing dan boleh berlakunya jangkitan pada saluran kencing. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain.

No comments:

Post a Comment